1400 tahun lalu, Rasulullah saw telah memberitahu, bahawa kita, umat baginda, akan ditimpa satu keadaan yang sangat teruk.
“Hampir tiba masanya, semua umat yang ada akan merebutkan kalian, sepertimana pemangsa mengerumuni hidangan.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana bilangan kami (umat Islam) ketika itu sedikit, ya Rasulullah?”.
Baginda menjawab, “Tidak,bahkan jumlah kalian amat banyak. Namun, keadaan kalian seperti buih di lautan. Allah mencabut dari hati musuh-musuh rasa takut terhadap kalian, lalu Dia memasukkan Wahn ke dalam hati kalian.”
Sahabat bertanya lagi,”Apakah Wahn itu?”
Baginda menjawab,”Cinta dunia dan takut mati.”. (Hadith riwayat Abu Dawud)
.

Apa pendapat kawan-kawan? Sudah tibakah zaman itu? Bukankah kata-kata Rasulullah saw itu sudah menjadi realiti hari ini? Bilangan kita 1.5 billion, di kalangan penduduk dunia yang jumlahnya 6 billion. Namun, jika ditelusuri keadaan umat Islam sepanjang 25 tahun sahaja hidup saya yang pendek ini, cukup untuk membuatkan airmata kita tidak sempat mengering. Kisah-kisah pembunuhan dan penindasan ahli keluarga kita di serata tempat, seluruh pelosok dunia yang bagaikan ‘sudah terang lagi bersuluh’. Bosnia, Chechnya, Afghanistan, Pattani, Tunisia, Kashmir, Lubnan, Iraq, Palestin, Uzbekistan, China dan… sungguh senarai ini masih panjang.
Oh…Kenapa orang-orang semua nak bunuh kita ???
……
Kita semua belajar cerita Abrahah masa Sirah darjah 1, kisah tentera bergajah diketuai oleh Abrahah itu, yang mahu menghancurkan Kaabah. Kemudian Allah mengutuskan burung-burung Ababil yang mencampakkan batu-batuan panas untuk melenyapkan angkatan jahat itu dari muka bumi!
Tapi …
kenapa dunia kita jadi begini sekarang?
Oh di manakah burung-burung Ababil itu?
Kenapa Ababil tidak datang menghancurkan tentera Serbia semasa penyembelihan ratusan ribu umat Islam Bosnia?
Kenapa laut tidak menenggelamkan kapal perang Perancis dan Amerika yang menyerang sepertimana ia pernah menenggelamkan batalion tentera Firaun?
.
Namun …
Yang kelihatan cumalah umat Islam terus-terusan dibantai dan dianiaya. Satu-persatu. Dari satu negara ke satu negara. Ia seperti wabak yang lebih dahsyat dari H1N1, umpama penyakit yang tiada sembuh-sembuhnya, merebak tiada hentinya. Ini mimpi ngeri yang sangat panjang. Kita dikerumuni musuh dari segenap penjuru – dari luar, bahkan dari dalam juga, termasuk dari kalangan orang yang mengaku Islam. Kita seperti menjerit dan bertanya-tanya dalam ketakutan..
di manakah pertolongan Allah ?!
.
Saudara-saudara seiman yang saya cintai dan muliakan, wahai umat Nabi Muhammad!
Kita teliti semula firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi kita, Nabi Muhammad saw:

“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad:ayat 7)
Sesiapa yang di dalam hatinya sudah jelik dan jijik dengan kerosakan dunia hari ini, merindukan kembalinya kebenaran, mengangankan kesejahteraan dunia ini dalam cahaya Islam, maka dia mesti memahami ayat di atas! Di dalam ayat ini, yang ditujukan kepada kita umat Rasul terakhir, tertulis satu rahsia besar, satu sunnatullah, satu syariat, untuk kita menang. Berdasarkan firman Allah tersebut, jika dan HANYA jika kita
‘menolong agama Allah’
terlebih dahulu (dgn berusaha habis-habisan, sehabis daya, bersungguh-sungguh, sampai penat, sampai pengsan, sampai mati),
barulah
‘nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.’
.
Kenapa begitu? Kerana Allah hanya akan memberikan pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang layak sahaja. Ertinya, kalau Islam tak menang-menang jugak di dunia pada hari ini, itu maksudnya kita yang memang belum layak untuk menang. Belum layak untuk dapat pertolongan Allah. Belum cukup beriman. Belum cukup berusaha. Belum cukup berjuang. Itu sifirnya. Kalau kita hanya mahu goyang kaki, relax selalu, main game, tengok cerita korea, afundi AF, dan tidak kisah serta tidak mahu fikir apa-apa hal Islam, usahlah mengimpikan ‘burung Ababil’ akan turun selamatkan kita.
.
Saya memerhatikan ada satu penyakit yang dihidapi oleh sebahagian kawan-kawan seislam, iaitu suka tengok sesetengah negara kena bencana. Apabila menara WTC roboh pada 11 September, ada sesetengah umat Islam bergembira dan menyebut,
“Padan muka US! Jahat sangat.”
Mereka seolah-olah menunggu-nunggu Allah menurunkan keajaiban, mengirimkan malapetaka untuk menghancurkan pihak-pihak yang menjadi musuh Islam. Mereka mengharapkan tentera Israel mati dipanah petir di Palestin, atau taufan tornado tiba-tiba datang menghancurkan kereta kebal Amerika di Iraq. Mereka ini sayang Islam, menyesal dengan apa yang berlaku, memandang dengan kesedihan, tetapi tidak berbuat apa-apa, lantas berdoa, “Semoga Allah menurunkan kejadian luar biasa!”. Seolah-olah menginginkan ‘burung-burung Ababil’ turun sekali lagi.
.
Ketahuilah!
Burung-burung Ababil TIDAK akan turun. Penantian seperti itu adalah tidak berguna dan sia-sia! Usah bermimpi dan berangan. Pertolongan Allah tidak akan datang kecuali dengan usaha dan perjuangan. Kita dilanda masalah umat Islam keseluruhan yang dahsyat. Tidak ada jalan pintas menyelesaikannya. Tidak ada jalan mudah seperti rundingan apa-apa, atau berpilihanraya sahaja, atau menunggu keajaiban berlaku.
.
Diagnosis penyakit orang Islam hari ini adalah tidak faham Islam itu sendiri, tidak tahu ‘apa ertinya saya menganut Islam’, pemikiran sudah bercampur-aduk dan keliru. Maka ubatnya, satu-satunya solusi konkrit yang kita ada, ialah untuk membina semula jatidiri muslim itu. Segalanya mesti bermula dengan kembali memahami Islam, kembali mengamalkan Islam, jauhi dosa dan mementingkan ketaatan kepada Allah, oleh semua orang, tanpa mengira usia, lokasi, pangkat dan masa, dalam semua aspek hidup. Tanpa terkecuali. Usaha ini nampak kecil, tidak gempak, tetapi hakikatnya ia adalah nadi. Inilah titik mula perjuangan itu. The first and the most important step.
.
Kawan-kawan yang saya kasihi dan muliakan,
Dipersilakan memilih untuk menjadi Peserta atau Penonton dalam hal ini.
Kepada yang memilih menjadi peserta…
Selamat melangkah, jangan lemah semangat dan jangan berhenti. Sungguh, Allah tidak pernah memungkiri janjiNya :
“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad:ayat 7)
.
.
(rujukan: Al-Quran, Riyadhus Solihin, Bukan Zaman Abrahah oleh Dr Raghib as-Sirjani)
Kita harus mengutamakan apa yang utama. Mungkin kita perlu mindset awal-awal apa yang kita inginkan, kerana kalau kita membiarkan saja jadual hidup kita dicorakkan oleh ‘kebetulan’, bimbangnya kita tidak akan sampai ke destinasi tujuan. Setiap bahtera mesti ada nakhoda dan kompasnya, bukan sekadar angin menentukan layarnya. Apatah lagi kini kita sudah melangkah ke 10 hari paling penting dalam bulan paling istimewa dalam setahun. Sesungguhnya sebaik saja Ramadhan bermula, Imam Malik berhenti meriwayatkan hadith dan segala urusan pengajian lain, untuk duduk membaca Al-Quran. Mungkin kita tidak mampu untuk membekukan urusan seperti Imam Malik (kecualilah kalau kita ni Boss), namun, tetapkanlah kompas keutamaan yang jelas dalam jadual hidup kita 10 hari ini. Mana yang boleh tangguh, tangguhkanlah atau tinggalkan sekiranya tidak penting.
Begitulah bunyi SMS dari Syeikh Khalid, iaitu Imam kami di Galway. Lantas SMS itu diforwardkan ke merata-rata tempat dengan seberapa segera pada malam itu. Begitu saja pengumuman bermulanya Ramadhan kami di bandar kecil Galway, Ireland ini. Kami tidak ada masjid. Kami juga tidak ada penyimpan mohor besar diraja buat pengumuman di mana-mana tv dan radio Ireland. Jadi ukhuwah SMS lah pengikatnya, cara sebaran beritanya. Namun alhamdulillah, terbukti kami tiada masalah connection breakdown kerana keesokan harinya, umat Islam Galway baik yang berasal dari Malaysia, Sudan, negara-negara Arab, Pakistan dan Nigeria dll, berjaya memulakan puasa. Maknanya, berita kedatangan Ramadhan itu berjaya disebarkan kepada seluruh umat Islam Galway melalui SMS, dalam tempoh 1 malam. Keesokan malamnya pula, sama seperti tahun-tahun lepas, terawih pun dimulakan di atas gelanggang basketball. Berkumandang suara Syeikh Khalid yang sayu mengalunkan surah-surah. Tiang gol basketball itu menjadi saksi saban tahun perhimpunan kami di setiap malam Ramadhan untuk terawih dan juga setiap pagi pertama Aidilfitri serta AidilAdha.
Segala puji bagi Allah yang menentukan kedatangan Ramadhan ketika musim panas, ketika siangnya lebih panjang, agar kita lebih mengenal erti mujahadah, lebih lama puasanya, lebih lama menahan nafsu, agar lebih besar pahalanya. Setinggi-tinggi syukur juga bagi Allah yang mengkehendaki Ramadhan berkunjung ketika musim sejuk, ketika malamnya lebih panjang, agar mudah kita bangkit bertahajud, puas kita sujud, menangis, bertaubat dan berkhalwat dengan Allah dalam qiamulail kita, hingga aneh sekali kalau masih terlepas sahur.
Bagi sesetengah yang lain pula, sakit menyebabkan dia mengeluh, mengerang dan komplen tanpa henti.
Ketetapan Allah jualah yang menentukan kejayaan ubat atau pembedahan itu. Semuanya dalam Qudrat dan Iradat Allah. Allah yang mentadbir semuanya, termasuklah hal-hal yang berlaku di dalam badan kita. 

Hari ini masih ramai orang yang suka pada islam, pakai baju islam, berhias dengan accesories islam, mempunyai nama islam, menyokong pihak yang mendokong islam dan suka juga untuk merasa membawa islam. Alhamdulillah, golongan ini mesti diramaikan lagi bilangannya, dengan apa cara sekalipun. Buatlah apa-apa majlis, aktiviti, iklan, design, rancangan tv, kelab, buku, majalah, radio, kempen, poster, untuk mempromosikan islam sehebat-hebatnya untuk menyeru manusia kepada cahaya islam dan beriltizam dengannya.