Feeds:
Posts
Comments

Archive for April, 2009

tombo hati

Ada masanya kita merasa sendirian dalam ramai. Kita merasa gelisah walaupun ketika tiada masalah. Kita terasa sunyi walaupun teman-teman dan keluarga ada di sisi. Kadangkala kita inginkan sesuatu yang kita sendiri pun tidak tahu apa bendanya. Ketika segalanya sudah dimiliki dan sudah lebih dari cukup, kita masih lagi belum merasa puas. Dalam kegembiraan, jauh di sudut hati, masih merasa kekosongan. Pernahkah begitu?

.

Kata seorang syeikh…

Itulah tandanya manusia memerlukan Tuhan. Itulah buktinya jiwa ini sedang merindukan Rabbnya. Jikalau dicurahkan seluruh nikmat dunia ini kepadanya, belum juga akan dapat diubati kekosongan jiwa itu. Ibnu Qayyim al-Jauzi telah menuliskan:

“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah azza wajalla. 

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah beserta ketulusan hubungan denganNya.

Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

Di dalam hati juga ada suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya matlamat dan cita-cita.

Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang takkan pernah terpenuhi kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya.

Bahkan jika hati ini DIBERI DUNIA SELURUHNYA BESERTA SEGALA ISINYA, keperluan itu tetap tidak terpenuhi selagi tidak mengharap penuh kepada Allah azza wajalla..”

.

alangkah benar…

.

Tetapi kita selalu lambat. Selalu ingin mencuba penawar yang lain terlebih dahulu untuk mengubati kegelisahan itu. Selalu ingin mencari jawapan di tempat lain. Selalu mengharapkan ketenangan dari cara yang lain. Jikalau gembira, akan diceritakan kepada manusia dahulu. Jikalau ada masalah yang datang, juga akan diluahkan kepada manusia dahulu. Jika tidak tahu, akan bertanya kepada manusia dahulu. Alangkah jauhnya pencarian tempat mengadu. Sedangkan hakikatnya kegembiraan mahupun kegelisahan itu adalah satu panggilan. Kepada hati yang mungkin sudah lama menyimpang.

.

Maka kembalilah kepada Allah. Dia yang melakar suhuf perjalanan qadar kita. Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana.

“Allahumma, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan melainkanMu. Engkau yang menciptakanku dan aku hambaMu. Dan aku ini dalam perjanjian denganMu, dalam ikrar kepadaMu, (yang akan ku penuhi dengan) seberapa dayaku. Dan aku berlindung kepadaMu, dari segala kejahatan yang telah kulakukan. Dan aku mengakui nikmatMu kepadaku. Dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah diriku, kerana tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkanMu.”
(bacaan Al-Mathurat, himpunan doa Rasulullah saw)

Advertisements

Read Full Post »

Program Kita 09

Read Full Post »

kasih tercipta

Kasih-sayang adalah sesuatu yang sangat halus yang wujud di dalam jiwa, yang tidak boleh dipaksa-paksa kehadirannya atau kadarnya. Ia sukar untuk digambarkan bagi yang tidak mengetahui, hampir mustahil untuk difahami bagi yang tidak merasai. Tambah sukar lagi untuk memupuk kasih-sayang yang sejati, yang ikhlas, yang tidak bersyarat, yang tidak mengharap balas dan tidak mementingkan diri.

.

Aku sukar sungguh untuk memahami bagaimana yang dikatakan kasih-sayang itu bukti kesempurnaan iman. Kalau sudah sayang, maka sayanglah. Apa kaitan dengan iman? Aku tidak nampak.

.

loveNamun Tuhanku Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang masih sudi untuk menunjukkan kepadaku. Ia memakan masa bertahun-tahun, memerlukan berpuluh-puluh hadith tentang kasih-sayang diceritakan kepadaku sebanyak beratus-ratus kali, membaca sirah & kisah-kisah tentang kasih-sayang berulang-ulang kali dan memerlukan lautan kasih-sayang dilimpahkan kepada diriku terlebih dahulu oleh manusia-manusia luar biasa… untuk akhirnya aku memahami perlahan-lahan, apa ertinya kasih-sayang kerana Allah itu. InshaAllah, apa yang sebelum ini terasa amat samar bagiku sudah semakin jelas.

.

Memahami dan dapat merasai kasih-sayang seperti itu aku merasa telah dikurniakan satu nikmat yang maha hebat oleh Rabbku. Dulu, aku hanya menyayangi sebahagian dari manusia-manusia di sekelilingku, dan sayangku itu selalu bersyarat dan ada waktu-waktunya. Hatiku seringkali menuntut balasan dari insan-insan yang aku kasihi. Aku akan rasa jauh hati jika teman-teman rapatku terlupa harijadiku, atau jika aku sahaja yang menefon mereka bertanya khabar, atau jika sahabatku tidak menolongku ketika aku dalam kesusahan, sedangkan aku pernah menolongnya. Aku akan bersedih hati dan merasa tidak diperlakukan dengan adil. Mungkin aku tidak mengungkit, namun hatiku tidaklah begitu lapang.

.

Kasih-sayang kerana Allah tidak begitu. Ukhuwah fillah tidak begitu. Aku teringat Hadith ke-13 dari kitab Hadith 40 Imam Nawawi, Nabi (saw) kita yang tersayang pernah bersabda:

“Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Terlalu hebat gambaran baginda tentang kasih-sayang. Macam tak realistik jer. Menyayangi orang lain sama macam diri sendiri?? Mustahil. Aku menyangka tidak ada orang sebegitu di dunia ini, mungkin ibu dengan anak je kot. Namun, pengalamanku berulang-ulang kali telah membuktikan tanggapanku itu salah sama sekali.

.

Ketika aku bermusafir dengan beberapa orang sahabat, ketika hendak tidur malam di sebuah bilik yang agak kecil dan berdepan dengan tandas, aku terkejut ketika sahabatku yang pertama hendak tidur terus membentang tilam bujangnya di lokasi yang paling dekat dengan tandas. Aku menyangka dia akan ambil spot yang terjauh dari tandas, dan orang yang terakhir baring pasti akan terpaksa tidur paling dekat dengan tandas. (Ya lah, siapa yang suka baring dekat-dekat dengan pintu tandas?) Tapi dia telah melebihkan sahabat-sahabat lain dari dirinya sendiri. Biarlah dia yang tidur di tempat yang paling tidak disukai itu. Aku tidak dapat menahan diriku dari bertanya; kenapa bentang kat situ? Tanpa bicara, dengan selamba dia baring dan memejamkan matanya dalam senyuman. Aku terharu.

.

Aku juga pernah berkata secara bersahaja kepada seorang sahabatku, aku teringin makan coklat. Itu sahaja. Tanpa aku ketahui, dia telah keluar dan berjalan ke kedai dalam kesejukan Ireland ini demi untuk membelikanku… coklat! Oh sungguh aku tidak berani untuk bercakap atau meminta sebarang-sebarang dari manusia-manusia luar biasa ini.

.

Jikalau berkongsi makanan, sudah pastilah ketulan ayam yang lebih kecil akan habis dahulu, dan ketulan yang paling besar dan sedap akan ditinggalkan untuk orang yang terakhir makan. Tidak mustahil untuk melihat kerak nasi dimakan dahulu, dan orang yang terkemudian makan akan mendapat nasi yang lembut.kain

.

Jikalau aku meletakkan bakul baju kotor yang aku hendak basuh di tepi dinding dan kemudian aku keluar rumah seketika, seringkali aku kembali dan mendapati baju-bajuku sudah siap berbasuh & tersidai di ampaian!

.

Pada awalnya, aku merasa seronok dengan layanan dan keutamaan yang tidak putus-putus diberikan kepadaku. Namun lama-kelamaan aku terfikir, MasyaAllah, apakah dunia sudah terbalik?? Aku hairan dengan sahabat-sahabatku ini. Namun, kasih-sayang merekalah yang telah menyentuh hatiku dan mendidik jiwaku. Apabila aku mempelajari Hadith 13 (rujuk di atas) itulah baru aku mengerti apa yang selama ini mereka amalkan. Barulah aku mengerti dalam Sirah kenapa orang Ansar menyerahkan rumah tempat tinggalnya kepada orang Muhajirin. Kerana mereka beriman dengan ajaran Rasulullah. Kerana kasih dan sayang yg amat sesama mukmin. Sungguh masih ada manusia-manusia di zaman ini yang benar-benar mengamalkan hadith itu, tidak sekadar ditulis di dalam buku.

.

…..mendahulukan sahabat sebelum diri sendiri dalam segala hal. Makanan yang sedap dihebahkan dan dikongsi, yang tak sedap saja dimakan sendiri. Barang yang best dan disayangi dihadiahkan kepada sahabat, yang tidak cantik dan kurang digemari disimpan sendiri.

…..bukan bagi orang apa yang diri sendiri taknak….. bukan habiskan coklat dalam beg yang tinggal sikit sebelum orang lain nampak, sebab takut tak cukup nak kongsi….. kalau mempunyai sesuatu yang disukai oleh si sahabat, tetapi kuantitinya tidak cukup, janganlah kongsi. Kasi saja semua padanya!

.

Dan apabila aku membaca semula (buat kali yang entah keberapa) & mula menghayati Hadith ke-35 pula, baru aku sedar kenapa sahabat-sahabatku selalu amat berusaha menjaga diriku, barang-barangku, hati dan perasaanku dari terguris oleh sesiapapun atau apa-apapun. Aku baru sedar… aku baru sedarhadith ini yang rupanya selama ini mereka imani……..

.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah saw telah bersabda:

“Jangan kamu saling dengki-mendengki, tipu-menipu, benci-membenci, belakang-membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual di atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorg muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini (sambil baginda menunjuk ke dadanya 3 kali). Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim ke atas muslim yang lain itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

.

bungaRasulullah mengaitkan antara menjaga saudara dengan taqwa! Hadith yang jika sungguh diamalkan, akan langsung merubah dunia! Persahabatan menjadi bermakna dan sangat indah. Mungkin tidak perlu pun kepada International Friendship Day atau messages/email yang comel & penuh teddy bear untuk mengatakan kita menghargai sahabat kita. Kebanyakannya hanyalah kata-kata indah yang tidak disertai pun dengan makna dan keikhlasan hati. Hanya forward sbb rasa comel. Sedangkan hakikatnya, pada hari-hari lain, tidak ada pun pertanyaan khabar, tidak wujud pun sikap berhati-hati yang sangat untuk menjaga perasaan kawan ketika berkata-kata atau bergurau, jarang pun mendahulukan dirinya dalam apa-apa hal, tidak protective pun kalau orang lain merendah-rendahkan dirinya, tidak rasa keberatan pun untuk menolak ajakan & permintaannya, bahkan selalu berharap supaya dia yang faham kita. Itu semua adalah hak-hak ukhuwah, hak-hak persahabatan yang tidak ditunaikan. InshaAllah, pasti ada di antara kawan-kawan yang forward emails & messages comel itu dengan seikhlas hati. Maka, sempurnakanlah hak-hak ukhuwah itu.

.

Imam Al-Ghazali telah berkata,

“Ukhuwah itu bukanlah terletak pada kata-kata yang manis atau pertemuan, tetapi terletak pada sejauh mana ingatanmu terhadapnya di dalam doamu kpd Allah Subhanahu Wa Taala.”

.

Rasa kasih bukanlah kerana sahabat itu satu negara, atau satu sekolah, atau satu bangsa, atau satu rumah sewa, atau satu kampung, atau satu pertalian darah, tetapi hanya kerana dia itu satu aqidah dan satu iman. Itulah kasih-sayang kerana Allah yang tidak ada tolok-bandingnya.

.

Berimanlah kepada hadith-hadith Rasulullah saw dgn sungguh-sungguh & berimanlah kepada Allah dengan sebenar-benarnya, hingga iman itu terlahir sebagai amal. Wallahi, kemudian kasih-sayang pasti akan dirasai hingga memenuhi jiwa kita, lantas akan melimpah ruah buat manusia yang lain pula. Beriman, dan kemudian saksikan sajalah bagaimana Allah Ar-Rahim menyatukan antara hati-hati hambaNya…..

“Dan ALLAH LAH YANG MENAUTKAN HATI-HATI mereka. Jikalau ENGKAU MEMBELANJAKAN segala apa yang ada di bumi, nescaya engkau TIDAK akan dapat menautkan hati mereka, tetapi Allah telah menautkan hati mereka. Dan Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Anfaal:ayat 63)

.

Semoga Allah menautkan hatihati kita….

Read Full Post »

Read Full Post »

Penyelamat Dunia

safeDulu masa kita kecik-kecik, ibu ayah itulah dunia kita. Kita merasa ibu ayah itulah ‘tempat’ yang paling selamat untuk kita, tidak kiralah apa jua bentuk ancaman di luar sana. Walau takut gerun macam mana pun, bila ibu ayah ada di sisi, rasa tak takut dah. Rasa selamat dah. Berani dah. Hebat dah. Confident dah. Come what may! Datanglah apapun! Begitu lagaknya. Ibu ayahlah SuperHero Penyelamat Dunia kita.

.

Tak tahu apa-apa, semua tanya ayah. Nak cakap apa-apa, semua cakap kat mak. Apa jenis soalan pun, semua kepada keduanyalah tempat kita melonggokkan kemusykilan, dengan perasaan yakin & keteguhan iman bahawa ibu ayah superheromesti tahu. Mereka mesti boleh jawab. Apa masalah pun confirm akan selesai. Dan mereka memang tidak pernah jemu menjawab dan menyelesaikan, walau merepek macam mana pun soalan kita dan macam mana rumit pun masalah dunia kita. Saya masih ingat suatu malam sewaktu dalam kereta dalam perjalanan balik kampung saya bertanya, “Ayah, kenapa bulan tu ikut kita? Pegi mana sume dia ikut!” 

.

Physical support, emotional support, financial support…… semua pergantungan dan kepercayaan, 200% kita letakkan sepenuhnya kepada mereka. Fikiran gembira & cetek seorang kanak-kanak.

.

Menjejak alam dewasa, kita mula menyedari, ibu ayah tidak tahu segala perkara dalam dunia, ibu ayah juga punya perasaan risau & takut seperti kita, ibu ayah juga bukan manusia sakti yang boleh menumbuhkan duit dari pokok-pokok dan sentiasa kaya.

.

Lantas kita mula memahami erti pengorbanan. Mereka telah banyak berusaha, telah banyak menderita, telah banyak berhempas-pulas, demi untuk membahagiakan kita, sentiasa tersenyum untuk kita yang ketakutan, sentiasa tenang untuk kita yang kebimbangan, sentiasa berjimat untuk kita yang selalu meminta, selalu berpenat-lelah untuk kita yang banyak kerenah.

.

Semakin jauh kita melangkah, semakin dewasa umur kita, perlahan-lahan keadaan berubah. Pergantungan kita juga sudah beralih arah. Kita tidak lagi bergantung segala-galanya kepada ibu ayah. Kita sudah pandai berdikari. Kita sudah mula berdiri sendiri. Kita sudah ada kawan-kawan untuk emotional support. Kita sudah ada biasiswa atau gaji untuk financial support. Ada masalah apa-apa kita cuba handle sendiri. Lantas ada di antara kita mula merasa ’serba cukup’.

.

Ibu bapa pula kelihatan seolah-olah semakin hilang kewibawaannya. Mereka banyak tidak tahu perkara terbaru yang kita sudah tahu. Mereka mula banyak masalah dengan kesihatan. Mereka kadangkala bimbang dan tidak tenang. Sebahagian kita, duit pun lebih banyak dari mereka. Sungguhpun begitu, hakikatnya, kita orang muda ini hanya selalu berlagak pandai. Kita masih tetap memerlukan mereka, nasihat, bimbingan dan pengalaman, kerana mereka lebih dulu ‘makan garam’.

.

Namun, tidak dinafikan, perlahan-lahan roda dunia kita mula berpusing. Kita menjadi tempat mereka meluahkan rasa dan kebimbangan. Tempat mereka bersembang waktu kesepian. Tempat mereka berharap. Tempat mereka menuntut belaian & kasih-sayang. Adakalanya mereka bertanyakan kepada kita tentang pendapat dan pandangan, tidak kurang juga dari segi kewangan.

.

Dengan rasa rendah diri dan setinggi-tinggi hormat, kita mula memberi. Dengan tekad akan terus memberi hingga ke akhir hayat. Memberi segala-galanya, kalau boleh, biarlah SEBELUM mereka meminta. Kerana mereka mungkin tak akan minta. Kita patut malu jika mereka sampai perlu meminta dari kita. Itu tandanya kita sebagai anak telah lalai. Walau kita mengorbankan nyawa pun untuk memberi, jasa mereka berdua masih belum berbalas.

.

Tapi, macam mana pula dengan diri kita? Kadang-kadang kita rasa lost. Rasa seolah sudah tidak ada lagi tempat bergantung sepenuhnya macam dulu yang kita ada masa kecil. Dah tak ada SuperHero Penyelamat Dunia kita lagi. Banyaknya masalah tidak selesai. Banyak soalan tidak ada jawapan. Banyak benda yang mesti fikir sendiri, tanggung sendiri. Lagipun memang masalah sendiri, sendiri yang cari.

.

Kerana itulah…

Sewajarnya, pertambahan usia mesti setanding & sejajar dengan pertambahan iman. This should be our wish & our Doa on every birthday. Di usia ini, kita patut sudah mengerti, bahawa Tempat Bergantung sepenuhnya bagi diri kita, di sepanjang hayat kita, adalah Allah Subhanahu Wa Taala.

.

Kerana Allah sajalah yang terpaling sayang kita, Allah yang paling kuat, Allah yang paling terer, yang paling tahu apa yang terbaik untuk kita, boleh menjawab semua soalan kita, boleh menyelesaikan semua masalah dunia kita, menolong kita dalam semua situasi dan sangat-sangat faham semua pergolakan jiwa dan perasaan kita.

So turn to NO other but Allah alone. 

InshaAllah kita tidak akan rasa ‘lost’ lagi. Perasaan selamat, berani, hebat dan yakin yang pernah kita rasai semasa kanak-kanak itu akan kembali. Kita masih ada ‘Penyelamat Dunia’. Come what may! Allah is with me. HE is my Availer, my Protector and the best of aid.

3173

“Allah is sufficient for us! Most Excellent is HE in Whom we trust!” (Surah Ali Imran : ayat 173)

Read Full Post »

“You ni Malaysian ke?” tegur lelaki itu.

“Ya.” jawab saya pendek.

Sambil berjalan menuju ke area Departure, selepas bertanya saya dari mana hendak ke mana di airport itu, belajar universiti mana dan sebagainya, lelaki melayu berusia 30-an itu memulakan topik perbualan.

.

“I tak puas hatilah. I tengok Malaysian students ni sebenarnya outstanding, tapi hebat di kalangan sendiri aje. Kawan dengan orang Melayu je. Duduk sini bertahun-tahun pun BI masih berkarat! They should go into the main stream. Mix with the local people. Be international!

Dan lelaki itu terus melontarkan soalan bertubi-tubi kepada saya tentang kenapa sesetengah budak Malaysia tidak mahu masuk pub sedangkan itu memang budaya orang di sini untuk berkawan, kenapa tidak sudi hadir ke party orang irish, kenapa tidak mahu campur dan masuk mempersembahkan tarian dan lakonan kebudayaan malaysia di sini, kenapa itu dan kenapa ini…

.

Saya sudah penat dengan isu ini. Sudah letih melayan kerenah mereka yang asyik membangkitkan isu ‘international’. Bertemu dengan lelaki tersebut, membaca berita di akhbar Utusan Malaysia tentang isu ini, menerima email nun jauh dari seorang sahabat di Australia tentang isu ini dan mendengar luahan hati adik-adik di kolej persediaan di Malaysia yang juga diasak dengan isu ini. Saya faham apa yang mereka risaukan. Mereka bimbang pelajar overseas di sini buat kampung melayu & have a mini-malaysia in UK-Ireland. Ada sesetengah pihak juga bimbang pelajar-pelajar Malaysia di luar negara terlalu rigid, atau conservative, kerana dianggap terlalu islamic. Kononnya golongan ini terketepi dari medan ‘international’ dan arus globalisasi kerana itu tak boleh, ini tak boleh.

.

Selembar benang pengalaman…

In my first year, i lived with an irish & an american. Yes,we were close enough, cooked together during weekends, shared gossips, went shopping together, hang out in the cafe, played games, exchanged presents. But i had to bear with their boyfriends bursting through my door, their drinking and partying in my living room, alcohol bottles/cans being everywhere the next day, having pork,ham and bacon in my freezer, shoes worn in my room and lots more. Is this international? Am i being international enough?

.

In my second year, i decided i wanted a better environment, i needed a change, and so i moved in with a bunch of malaysian muslim friends. So it happened that i prayed in jama’ah everyday with my housemates, went to islamic intcircles together,to an arabic language class organized by my classmate from Quwait, to a Tafseer class taught by an Iraqi lady doctor, to a Seerah class taught by a  Syeikh from Libya, began listening to English & French nasheeds, started looking for translated arabic books, went to Spain to appreciate the long-forgotten islamic history of Andalusia, met my brothers and sisters from Morocco and many more. I also became an active member of the Muslim Youth Society in my university, held posts for a few years, worked with Quwaiti, Pakistani, Iraqi and Sudanese colleagues to organize da’wah events both for my muslim fellas as well as for my irish friends. Yes, a big change, a totally different environment. Am i still considered being international now?

.

Mungkin kita semua perlu duduk seketika dan memikirkan semula apa yang dimaksudkan dengan ‘being international’. Saya akui sebarang program agama atau bukan agama (aduh..sekularkah ayat saya ini?) yang terikat dengan kejumudan, meletakkan diri dalam tempurung keMalaysiaan & keMelayuan (bersama sangka buruk dan pengasingan kaum lain) adalah tidak sihat dan hanya menumpulkan fikiran, walaupun orang itu berada di UK. Yes,i understand that perfectly. Itu seolah-olah menafikan peranan akal yang sihat para siswa-siswi untuk berfikiran kreatif,kritis dan mempersoalkan sesuatu.

.

Saya tidak ambil jurusan tentang hal ini, bukan juga ahli bahasa yang boleh mendefinisikan maksud international, tetapi saya tahu apa yang orang risau-risaukan dan sebut-sebutkan bila orang kata “pelajar Malaysia luar negara tidak international. Kalau ikut kamus, internationalism maknanya ‘The condition or quality of being international (between nations) in character, principles, concern or attitude.’ Ya, adalah perlu untuk kita menjadi international, membuka minda dan meluaskan skop pemikiran, keluarlah dari tempurung yang gelap dan sempit. Kalau tidak pergi oversea pun, anda tetap perlu berfikiran international.

.

Namun pada fahaman saya yang cetek ini, menjadi international bukanlah bermaksud kita boleh menerima masuk mana-mana ideologi dan sama-sama boleh ikut mengamalkan budaya orang lain, tetapi lebih pada keupayaan kita untuk memahami dan menerima perbezaan yang wujud serta menilai ideologi & budaya mereka dari pelbagai sudut, tanpa terkeluar dari kacamata dan neraca seseorang yang mengaku mempunyai aqidah islam.

.

Orang yang mengabaikan dan memandang enteng ajaran agamanya supaya boleh fit-in dengan orang lain bukanlah orang yang international, tetapi hanya seorang yang terlupa identitinya. Islam tidak pernah pun menghalang umatnya dari menjadi international, malah sangat menggalakkan, sangat penting agar da’wah terus berjalan. Kalau ada orang yg menuding jari kepada ajaran islam (directly or indirectly), it is an unfair scapegoat.

“Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakanmu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku SUPAYA KAMU SALING KENAL-MENGENAL. Sungguh, orang yang paling mulia antaramu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al-Hujurat:ayat 13)

.

kopi*Being in the west made me realize, it is of utmost importance for us to hold fast to our roots and identity, for it is the very substance that gives us the strength and confidence to go the distance. My irish classmates accept me as who i am, a Muslim Malaysian who doesn’t join them for a pint in the pub, but doesn’t mind a cup of tea or two during breaks in the hospital.. (with 2 sugars) =)

*(credits to Kak NikMun)

.

~anak ikan di tengah lautan yg tak mahu tertangkap ke jaring jahiliyyah

Read Full Post »

Obsessed!

Semua orang ada perkara yang dia suka, yang dia minat, yang menggembirakan hatinya, yang memenuhi fikirannya. Ada orang suka itu, ada orang suka ini. Dan minat itu selalu diterjemahkan dalam pelbagai bentuk kerana ia biasanya akan kelihatan dan sukar disembunyikan. Lihat sajalah Friendster contohnya – dari gambar hiasan latar belakang, muzik yang dimainkan hinggalah ke pilihan foto, kita akan dengan cepat dapat mengagak serba sedikit kesukaan seseorang. (am i being too observant? pardon me).

.

Sememangnya kesukaan itu sering terzahir secerah dan seterang matahari. Some of us are crazy about football, makan bola, tidur bola, obses betul dengan benda bulat itu. Others like camera and take photos of almost anything and everything. Me? I am a cat lover.

.

Alhamdulillah. Allah menjadikan kita semua berbeza-beza dengan keistimewaan dan minat yang tersendiri. Bila minat, obsessed, kita menjadi tidak kisah untuk bersusah-payah deminya, menghabiskan duit ke arahnya, meluangkan masa untuknya, pengorbanan tiba-tiba menjadi ringan dan membahagiakan. Asalkan dapat tengok bola, kena bangun 3 pagi pun rasa bahagia.

.

Namun, ada satu perkara yang kita semua sangat berdoa supaya Allah mewujudkan minat itu, obsesi itu, kesukaan itu, dalam diri kita. Kita mestilah minat pada Islam. Suka pada Ad-deen ini. Cenderung kepada kebaikan. Biarlah hati kita selalu merasa terpanggil untuk hadir menyahut seruan hidayahNya bila-bila pun ia tiba, dalam apa-apa jua bentuk pun ia sampai. Semoga kaki kita selalu merasa ringan untuk melangkah ke majlis-majlis seruan keimanan. Hendaknya telinga kita selesa dan biasa mendengar kata-kata yang menginsafkan, juga ayat-ayat cinta dari Maha Pencipta. Doa kita agar tangan kita tidak pernah lambat-lambat untuk mengeluarkan apapun harta, membayar berapa pun harga, demi meraih sesuap kefahaman Islam. 

.

Kita juga mestilah taksub dengan Nabi Muhammad saw. Mestilah minat sangat kepada baginda. Mahu taat dengan setiap satu suruhan baginda tanpa tertinggal. Mahu belajar lagi tentang diri dan kisah baginda, menambah lagi ilmu dan kefahaman kita tentangnya. Mahu ikut semua sekali ajaran baginda. Ingin buat segala apa yang baginda buat. Hatta melangkah masuk ke tandas pun kita ingin sentiasa memilih kaki kiri dahulu supaya sama dengan baginda! Begitulah para sahabat dulu, mencontohi qudwah agung itu tanpa banyak soal. Semua yang baginda cakap mesti betul. Semua yang baginda buat mesti nak ikut, dan mereka menamakannya Sunnah Nabi. Memang mereka fanatik! Maka benarlah mereka. Kerana mereka menyaksikan kebenaran yang dibawanya. Sesungguhnya Muhammad bin Abdullah itu SATU-SATUnya manusia yang berhak untuk kita taksub dengannya, sebab telah dirakamkan oleh Allah Yang Maha Agung dalam firmanNya, 

.

“Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu, bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah.”  (Surah Al-Ahzab:ayat 21)

.

Semua ini untuk apa?

Ia adalah semata-mata kerana kita ini mestilah obsessed untuk ke syurga! Buat apa saja dan korban apa saja. Dengan rasa rela dan bahagia. Tanpa pernah ragu. Dan untuk itu, kita mesti asyik mencari redha Allah. Ertinya, hidup kita sentiasa diwarnai oleh hal ini, fikiran kita tidak lepas darinya, kita akan mengaitkannya dengan semua benda… apakah Allah redha? apakah Allah suka? Dan apabila Allah menyuruh kita mencontohi seorang manusia, maka akan kita laksanakan seberapa daya. Kita juga akan memberikan masa, tenaga, harta dan segalanya yang kita ada untuk memahami Islam ini, untuk menjulang Ad-Deen ini, untuk ‘membeli’ KeredhaanNya. 

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..” (Surah At-Taubah : ayat 111) 

.

Apakah yang menyebabkan kita berfikir 2 kali? sebelum bergerak ke arah kebaikan? Hal ini sangat penting kerana ia bukan sekadar soal antara hidup & mati. This is even more important because this is a matter between Heaven & Hell, our eternal end.

.

Above all our interests and our obsessions, kita berdoa agar kita tidak akan pernah lupa tentang ini,  tidak akan pernah luntur minat kepada agama ini, tidak akan sekali jemu dari obsesi ini, setiap saat selagi nyawa ini masih ada. Ameen.

.

~ mendekati islam bukanlah satu hobi,tapi satu tanggungjawab

Read Full Post »

Older Posts »