Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2008

Assalammualaikum warahmatullah

waah berhabuk website nie! tak der updates atau comments. Warga pelajar Cork dah pulang ke Malaysia ye? Semoga semua gembira berjumpa ahli keluarga dan teman taulan. Tahniah kepada pelajar-pelajar Final year yang ramai lepas dengan cemerlang. Tahniah juga kepada semua yang telah mendapat result. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa – Autumn Paper adalah satu peluang lagi. Selagi boleh berusaha jangan putus asa ya! Rezeki kita masing-masing dah ditentukan Allah, lain orang lain rezeki dia. Saya pasti warga Cork yang lain sediakan memberikan bantuan – tutorials, buku rujukan, nota, bank soalan @ jawapan, peneman di Cork, pemberi semangat, ape saje- kalau diapproach. This is the best thing I like about Cork, semua pun sedia nak berikan bantuan bila-bila masa.

Oh ye nak cerita asal-usul website nie.

Asalnya tengah brainstorm macamana nak raise fund untuk Masjid Cork. Kita semua pun tahukan Masjid Crok perlukan fund yang sangat besar untuk tapak masjid yang baru. MSM Cork telah meng-offer diri untuk kutipan dari luar Cork ie dari masyarakat di luar Cork hatta orang Muslim atau orang bukan Muslim. Jadi bercadang untuk wujudkan satu website di mana orang luar boleh dapatkan maklumat tentang Masjid Cork. Tetapi masjid Cork sendiri dah mempunyai website sendiri tentang Cork Mosque. So, tujuan website ni adalah untuk fokus promosi secara hebat kepada penderma dari luar Cork. Tapi akhirnya bila difikir-fikirkan lebih baik jugalah website ni dijadikan tempat perkongsian ilmu untuk semua pembaca juga. Maka, jadilah wordpress nie!

Bila mula-mula sampai Cork 5 tahun dahulu, dapat tahu rumahdi Glasheen road yang disewakan oleh Mr Bell kepada Fida & (ex)housemates merupakan bekas Masjid, owh sangat luas rumah tu, selalu dipilih menjadi tempat gathering Girlscork untuk usrah umum bulanan Girls dan aktiviti Helwa, warga Girlscork pada waktu taklah seramai sekarang, jadi setiap kali usrah umum pun ada pot-luck hehe merasalah berbagai bentuk pudding bread dan trifle, kemudian mulalah mencari senior untuk pinjam buku-buku atau mengadu exam susah hehe lebih kepada jumpa-jumpa dan bertanya khabar… Kak Ida, Kak Yuli dan kakak-kakak yang lain mesti lebih ingat kan. 

 Masjid tu berpindah ke Whare house yang terletak 10 minit dari LIDL, masih lagi ingat Masjid nie, rajin jugalah ke sana untuk berbuka puasa dan sambutan hari raya. Kemudian tahun 2008 berpindah pula ke wharehouse yang lebih jauh iaitu di SiteCast Industrial Estate. Mungkin saya rasa jauh sebab, yelah, takde kenderaan kan, kenalah berjalan kaki atau naik bas. Dan disebabkan tak tahu bas mana yang boleh access SiteCast Industrial Estate tu, sangat terasalah kejauhan Masjid baru tu. Kadang-kadang pakcik Cab pun tak sure kat manalah SiteCast industrial Estate tu. Sejak itu sudah sangat jarang menjejakkan kaki ke sana melainkan sangat-sangat perlu. Sedih, sedih. Alasan setiap kali berpindah pun adalah disebabkan jiran-jiran mengadu bising ataupun tak cukup parking space. Macamana tu? saya pun tak pasti.

Saya pasti ramai yang setuju bahawa Masjid Cork memerlukan satu lokasi yang permanent. Legally own by Cork’s Muslims. Tak mudah dihalau ke sana sini. Dan lokasi masjid itu, naturally, mesti satu tempat yang accessible. Setiap kali melawat UK, saya dapat lihat banyak pusat-pusat Islam yang dibangunkan oleh Local Muslims. Di Birmingham saja, setahu saya, ada 2 Masjid dan satu pusat Islam. Central Mosque London pun memang ramai yang tahu. Saya juga pernah melawat ke Aisha Mosque di Manchester. Dan bagi pembaca yang rajin melawat website Ustaz Hasrizal, pasti pernah baca pengalaman beliau di Belfast Islamic Centre. Mereka semua mempunyai satu tempat yang tetap untuk kegunaan local Muslims.

Masjid sepatutnya dijadikan pusat aktiviti kita kan. Di masjidlah kita boleh berkenalan dengan warga Muslim yang selain Malaysian. Ye, kita jumpa juga mereka di hospital. Tetapi di Masjidlah kita boleh duduk sama-sama bertukar khabar dan cerita. Masjid=neutral ground. Saya akui, saya juga bukanlah yang jenis ringan mulut berbual dengan mereka. Tapi, ramai di antara mereka sendiri yang rajin bertanya kepada kita, setiap kali ke masjid. Saya rasa ramai yang ada pengalaman begitu.

Advertisements

Read Full Post »

MAJLIS SYURA MUSLIMUN CORK

MENGUCAPKAN

HAPPY SUMMER HOLIDAY

DAN

SELAMAT PULANG KE TANAH AIR

KEPADA SELURUH WARGA CORK

Read Full Post »